Friday, August 28, 2009

Kekasih dan Kasih

Kasih adalah sifat yang disukai oleh semua mahluk di muka bumi ini. Tampanya, bergelumanglah mahluk ini. Sifat Insan berubah menjadi ganas dan kejam.

Dari kasih maka wujudlah kekasih...
Dari kasih, musuh menjadi teman..
Dari kasih, kelam menjadi indah...

Taburkan lah kasihmu pada semua mahluk, nescaya kamu beroleh kebahagian di Dunia dan Akhirat...


;

Monday, August 17, 2009

Persediaan Diri Merawat Pesakit

oleh Dr. Amran Kasimin

Harus yakin kalam Allah:
* Ayat-ayat Al-Quran
** Zikir Al-Mathurat ajaran Rasullah

Menjana kekuatan roh melalui amalam-amalam yang menghampirkan diri kepada Allah SWT.
* Solat
** Amalan Sunat
*** Doa mudah dimakbulkan (pelindung)

Rujuk Memperkasa Diri 2002, Percekatan Watan

Kemakbulan Doa.
Memahami hal-hal berkaitan dengan perawatan.
Tahu/faham kaedah-kaedah rawatan dengan penggunaan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan sebangainya.
* Penyembuhan daripada Allah SWT.

Kaedah Rawatan
a. Dipelajari daripada mereka yang arif berkenaan perawatan berkenaan.
Tidak mengharap bantuan jin (syirik), semata-mata bergantung harap kepada Allah SWT.

b. Melakukan perawatan dengan izin/permintaan pesakit, keluarga yang terdekat.
bertujuan elak fitnah dan timbulnya masalah luar dugaan.

c. Elak rawatan di tempat terpencil/bilik tertutup

d. Pilihara tatatertib ketika bertutur.
* hanya menyatakan sesuatu yang ia maklum dan pasti, biarpun pada perkara-perkara kecil kerana dipengan oleh pesakit dan keluarga pesakit.

Perawat perlu bersedia sebelum memulakan perawatan
* bukan dalam keadaan lemah
** lemah badan kerana sakit/penat/terpaksa

Pelihara keikhlasan- semata-mata kerana Allah.
* Bukan Ganjaran/tunjuk-tunjuk.
** Tidak bezakan yang kaya/miskin
*** Cantik dengan tidak cantik.

"Syaitan bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan semua anak Adam, kecuali mereka yang ikhlas dikalangan penduduk bumi"
"Allah SWT hanya menganugerahkan sifat ikhlas itu dalam hati sanubari mereka yang dikasihi dari kalangan hamba-Nya"


;

Monday, August 10, 2009

Oleh : Ustaz Dr Badrul Amin Bahron

Satu hari Imam Imam Malik menjamu Imam Syafie yang bertamu kerumahnya. Imam Syafie makan dengan banyak hingga jadi tandatanya pada anak Imam Malik. Bila ditanya oleh Imam Malik maka Imam Syafie berkata "Makanan yang kau hidang adalah ubat kerana ia bukan hanya halal, tapi dimasak oleh isterimu seorang yang baik, dihidang oleh engkau sendiri seorang yang baik, dimakan dirumahmu tempat yang baik, bersama orang yang baik... Aku makan banyak untuk berubat".
Bagaimana jika makanan itu halal tetapi dimasak oleh oleh orang yang tidak baik atau fasik (tidak solat, tidak jaga hukum-hakam pakaian dan pergaulan)? Atau dihidang oleh orang yang tidak baik atau dimakan ditempat yang tidak baik bersama orang yang tidak baik? Jelas ia adalah racun. Bayangkan bagaimana pula jika makanan itu tidak halal... Sudah tentu ia membunuh hati. Bila hati mati... rosaklah manusia... Kerana manusia itu jadi baik selagi baik hatinya...
Pengalaman saya bertamu kerumah Tuan Guru Nik Aziz... Alangkah bahagianya kerana Tn Guru sendiri yang mengangkat minuman. Ketika Tn Guru keluar membawa dulang gelas dan air, kawan yang duduk disebelah saya ingin bangun menyambut dulang tersebut tetapi saya halang. Setelah pulang, kawan saya bertanya mengapa saya menghalangnya maka jawab saya "...bila Tn Guru yang hidang, air itu jadi ubat tapi jika engkau yang menghidangnya..." belum sempat saya menghabiskan ayat saya, kawan saya sudah faham dan berterima kasih pada saya kerana ia juga perlukan "ubat" itu...



;
Blog Widget by LinkWithin