Monday, September 28, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Nama MALAYSIA


SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?

Monday, September 14, 2009

Antara Niat, Percakapan dan Perbuatan

Niat yang baik tampa ucap dan perbuatan akan peroleh kebaikannya.
.:.
Niat yang baik diserta dengan ucapan dan perbuatan yang baik akan beroleh kesempurnaan kebaikannya.
.:.
Niat yang buruk lagi hina, tanpa ucap dan perbuatan tak dihitungnya.
.:.
Niat yang buruk lagi hina dengan ucap dan perbuatannya, maka hinalah dirinya....
.:.
Malah kerajaan yang dipimpinnya, dicemoh oleh rakyatnya...

Beringatlah bila berjanji, tunaikanlah ia dengan sebaiknya.. jangan hanya berkata hebat pada rakyat tapi laksanaanya sebaliknya pula....

Tuesday, September 8, 2009

Jom Tunai Zakat Fifrah

Alhamdulillah semalam telah tertunai urusan zakat fitrah aku, isteri dan buat putera ku Amir Hamzah.
Sebelum nie aku bayar zakat di kauter pembayaran zakat fitrah di masjid dan pejabat (Kem. Kewangan).. tapi kali nie aku laksanakannya di rumah persatuanku yang terletak di Taman Melawati... kali nie pembayaran zakat fitrah aku serah sendiri kepada fakir miskin yang duduk berdekatan... Alhamdulillah pada malam tu 2 keluarga fakir miskin telah menerima wang zakat tersebut.
Rasa puas dan sempurna setelah pembayaran zakat tersebut dilaksanakan. Sebabnya kita serah sendiri wang zakat tersebut kepada yang berhak. Kita kenal penerima tersebut. Malah wujud hubungan antara pemberi dan penerima zakat.
Jesteru itu aku menyeru kepada anda semua yang berkemampuan untuk mencari sendiri fakir miskin dan menyerahkan wang zakat fitrah tersebut kepada mereka. Anda sendiri akan merasai hubungan ini.
Wang Zakat Fitrah kalau boleh jangan ikut sangat kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berwajid.. bagi lebih lagi baik... tak salahkan :).. setahun sekali kita tunaikannya...
Membantu mereka yang benar2 berhak.. semoga hati2 mereka dalam kegembiraan dan bersyukur dalam bulan Ramadan dan penantian Syawal yang mendatang.
jom kita tunai zakat fitrah... moh kitee..

Blog Widget by LinkWithin