Friday, February 27, 2009

Minggu Demam Denggi Sedunia

Assalamualaikum... jumpa balik kite.... dua minggu teman bertarung dengan Denggi... Betapa kerdilnya aku dengan ujian Allah SWT.

17hb Feb. 2009 (selasa) hari yang aku diuji Allah dengan makluknya bernama NYAMUK Aedis... balik kerja terus bungkus dalam selimut, lemah satu jasad, makan pun 2 mulut jee (kecik hati Umairah)... Jumaat (20hb feb 09) bermulalah hari hari daku menziarah di Hospital Selayang... tunggu giliran ambik darah (dah 10minit-3jam)ambil sempal darah... tunggu keputusan (dah 2-3jam)... selama 5hari rutin tulah aku jalani... perik!!!!!... namun kena lalui jugak...

Dalam pada itu, kawan aku saran untuk aku cuba Perubatan Homeopathy di:

CARE HOMEOPATHY CENTER
NO.10, TINGKAT BAWAH
BLOK 1, JALAN AU3/1,
AMPANG / HULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
(24hb feb.09), berdekatan dengan Lembah Keramat. Dr. Shamsuddin Rahmat (019-2095628).. Ahlamdulillah kembali sihat, setelah ujian saringan darah yang dibuat pada 26hb feb.09... kini hari nie, hari pertama aku masuk kerja, setelah 2 minggu teruji oleh Allah Yang Maha Pengasing dan Penyayang...

"beringat sebelum terkena"... :D

Monday, February 2, 2009

Rawatan Bekam Di UTUSAN 11 Nov.2008

Berbekam Makin Popular
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu.
''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan. Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan menagih dadah. ''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya lagi. Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.
Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat mereka mampu," tambahnya. Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.
Blog Widget by LinkWithin