Showing posts with label Sumber Herba. Show all posts
Showing posts with label Sumber Herba. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Bunga Fatimah




Assalamualaikum kepada pengunjung blog Rawatan Bekam Sri Jatimas...
Biasa dengar tak Bunga Fatimah?
Sejenis tumbuhan dari Tanah Makkah yang dijadikan air selusuh bagi ibu sedang mengandung... memudahkan ibu untuk bersalin...

Saya ada kirim Bunga Fatimah nie dari kawan yg akan berangkat untuk menunaikan Ummah pada 29hb Mei 2009.. dan pulang ke tanahair pada 9hb Jun 2009....

Buat masa nie saya ada satu Bunga Fatimah nie (pinjam kawan saya punya, untuk isteri saya amal) Sapa2 yang berminat nak tempah boleh bagi Nama dan bayaran RM20.00 (deposit) "harga Bunga Fatimah saya tak tau lagi berapa..."

Bagi tau kat kawan2 yang tengah cari ya..

Apa sapa-sapa ada pengalaman dan info pasal bunga nie.. jom kita kongsi bersama...

* petang sikit saya att sekali gambarnya....

Thursday, May 7, 2009

Saffron dan Zafaron













Taburan Tumbuhan Soffron (Crocus sativus) di dunia.










— Major growing regions.
— Major producing nations.
— Minor growing regions.
— Minor producing nations.
— Major trading centres (current).
— Major trading centres (historical).




















Minyak Zafaron
Kegunaan :
*Minyak Atar.
*Kecantikan Kulit.

Tongkat Ali


Tuan Hj. Ismail (Pengasas HPA)



Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.

Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas.
Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.
Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.
2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.

Wednesday, April 22, 2009

Kacip Fatimah

sumber: http://mahkotaherba.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya.


KHASIAT KACIP FATIMAH
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.


CARA PEMAKANAN
Kacip Fatimah boleh dimakan begitu saja sebagai ulam atau dalam bentuk air rebusan, Bagi wanita yang hendak bersalin/baru bersalin, minum air rebusan yang mengandungi akar dan daunnya dan telah direbus di dalam periuk tanah.Bagi pesakit buasir (hemarroid/piles), rebus akar Kacip Fatimah yang telah dikeringkan dan minum air rebusan tersebut.


NOTA:
Kacip Fatimah berfungsi untuk membersihkan peredaran darah maka ianya tidak sesuai untuk perempuan mengandung atau yang sedang menyusu anak.

Blog Widget by LinkWithin