Monday, November 9, 2009

Rasullullah SAW sangat menganjurkan Berbekam. Sebagaimana sabdanya:
" Sesungguhnya cara pengubatan yang paling baik diamalkan ialah al Hijamah (berbekam)"

Sunday, November 8, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Temuduga Terbuka HPA Jom Sertai Kami...

Temuduga Terbuka akan diadakan bagi mengisi kekosongan Jawatan di HPA.
Berikut adalah maklumat berkenaan Temuduga Terbuka tersebut:
Tarikh: 07hb November 2009
Masa: 11.00pagi- 06.00petang
Tempat:
KIOS HPA De Palma Ampang
Jalan Selaman 1/2
Plam Square, Ampang Point
Kekosogan Jawatan:
Eksekutif Cawangan: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: KL/Selangor
Pembantu Eksekutif Cawangan: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: KL/Selangor
Pegawai MIS: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Kerani MIS: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Pegawai Pemasaran: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Pegawai Pentadbiran: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Kerani Pentadbiran: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Pegawai Akaun: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Kerani Akaun: Kelayakan: SPM & setaraf, Lokasi: Shah Alam
Maklumat Lanjut sila Berhubung:
Puan Norshiha Bt Md Ishak
tel: 05-5292716
no.hp: 010-5660028

Tuesday, October 27, 2009

Keahlian HPA: Izuan Izani Bin Abdul Hamid (427999.MY01)

480091.MY01 Nazli Bin Mamat
**999999MY.01 Mohd Pakhrurazi Bin Hamzah
482312MY.01 Muhammad Akram Bin Md Anas
**999999MY.01 Nurul Asikin Binti Hishamudin
482405MY.01 Mohammad Shawal Bin Mohd Amin
490572.MY01 Amirah Bt Md Anas
** 537827.MY01 Zarina Bt. Mohammad Arfan
** 556079MY.01 Siti Najwa Bt Abdul Hamid
** 549930MY.01 Syazwani Bt Abdul Hamid
***** 576232MY.01 Ismadiah Bt Ismail
** 603052MY.01 Amir Hamzah bin Izuan Izani
506932.MY01 Briiany Orielle Hussin
507109.MY01 Noor Liyana Bt Norizan




Rukun Islam

Assalamualaikum kepada anda pengunjung blog kami, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan teman-teman sekalian...

1. Mengucap Dua Kalimah Shahadah
2. Menunaikan Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3. Berpuasa Di Bulan Ramadan
4. Menunaikan Zakat
5. Menunaikan Ibadah Haji Bagi Yang Mampu

Sudahkah kita menunaikannya dengan sempurna?
Penuh penghayatan kah?

* sama-sama kita fikirkan :)

Tuesday, October 6, 2009

Kod Lemak Babi dalam Industri Pemakanan


Prihatin dengan kod ini...
Jika anda Umat Islam yang prihatin...
JANGAN TERTIPU..
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Monday, October 5, 2009

Pembukaan HPA Radix Pizza

Setelah beroperasinya Radix Bakery HPA dua bulan yang lalu, kini HPA sedang giat menyiapkan sebuah lagi cabang perniagaanya makanan segera melalui pembukaan HPA Radix Pizza.

Ianya terletak di Lagenda Hieght, Sungai Petani Kedah. InsyaAllah dalam jangka sama terdekat ini HPA Radix Pizza akan memulakan perniagaannya.. sama2 kita sokong dan memeriahkan perniagaan ini.. amin

Friday, October 2, 2009

RFC Kini Di Kluang, Johor

Syukur Alhamdulillah, Restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC) Kluang kini sedang didalam proses terakhir sebelum diibuka kepada umum yang dijangka pada 24 Oktober ,InsyaAllah.

Persiapan telah hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun begitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluarjangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

Monday, September 28, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Nama MALAYSIA


SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING. JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?

Monday, September 14, 2009

Antara Niat, Percakapan dan Perbuatan

Niat yang baik tampa ucap dan perbuatan akan peroleh kebaikannya.
.:.
Niat yang baik diserta dengan ucapan dan perbuatan yang baik akan beroleh kesempurnaan kebaikannya.
.:.
Niat yang buruk lagi hina, tanpa ucap dan perbuatan tak dihitungnya.
.:.
Niat yang buruk lagi hina dengan ucap dan perbuatannya, maka hinalah dirinya....
.:.
Malah kerajaan yang dipimpinnya, dicemoh oleh rakyatnya...

Beringatlah bila berjanji, tunaikanlah ia dengan sebaiknya.. jangan hanya berkata hebat pada rakyat tapi laksanaanya sebaliknya pula....

Tuesday, September 8, 2009

Jom Tunai Zakat Fifrah

Alhamdulillah semalam telah tertunai urusan zakat fitrah aku, isteri dan buat putera ku Amir Hamzah.
Sebelum nie aku bayar zakat di kauter pembayaran zakat fitrah di masjid dan pejabat (Kem. Kewangan).. tapi kali nie aku laksanakannya di rumah persatuanku yang terletak di Taman Melawati... kali nie pembayaran zakat fitrah aku serah sendiri kepada fakir miskin yang duduk berdekatan... Alhamdulillah pada malam tu 2 keluarga fakir miskin telah menerima wang zakat tersebut.
Rasa puas dan sempurna setelah pembayaran zakat tersebut dilaksanakan. Sebabnya kita serah sendiri wang zakat tersebut kepada yang berhak. Kita kenal penerima tersebut. Malah wujud hubungan antara pemberi dan penerima zakat.
Jesteru itu aku menyeru kepada anda semua yang berkemampuan untuk mencari sendiri fakir miskin dan menyerahkan wang zakat fitrah tersebut kepada mereka. Anda sendiri akan merasai hubungan ini.
Wang Zakat Fitrah kalau boleh jangan ikut sangat kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berwajid.. bagi lebih lagi baik... tak salahkan :).. setahun sekali kita tunaikannya...
Membantu mereka yang benar2 berhak.. semoga hati2 mereka dalam kegembiraan dan bersyukur dalam bulan Ramadan dan penantian Syawal yang mendatang.
jom kita tunai zakat fitrah... moh kitee..

Friday, August 28, 2009

Kekasih dan Kasih

Kasih adalah sifat yang disukai oleh semua mahluk di muka bumi ini. Tampanya, bergelumanglah mahluk ini. Sifat Insan berubah menjadi ganas dan kejam.

Dari kasih maka wujudlah kekasih...
Dari kasih, musuh menjadi teman..
Dari kasih, kelam menjadi indah...

Taburkan lah kasihmu pada semua mahluk, nescaya kamu beroleh kebahagian di Dunia dan Akhirat...


;

Monday, August 17, 2009

Persediaan Diri Merawat Pesakit

oleh Dr. Amran Kasimin

Harus yakin kalam Allah:
* Ayat-ayat Al-Quran
** Zikir Al-Mathurat ajaran Rasullah

Menjana kekuatan roh melalui amalam-amalam yang menghampirkan diri kepada Allah SWT.
* Solat
** Amalan Sunat
*** Doa mudah dimakbulkan (pelindung)

Rujuk Memperkasa Diri 2002, Percekatan Watan

Kemakbulan Doa.
Memahami hal-hal berkaitan dengan perawatan.
Tahu/faham kaedah-kaedah rawatan dengan penggunaan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan sebangainya.
* Penyembuhan daripada Allah SWT.

Kaedah Rawatan
a. Dipelajari daripada mereka yang arif berkenaan perawatan berkenaan.
Tidak mengharap bantuan jin (syirik), semata-mata bergantung harap kepada Allah SWT.

b. Melakukan perawatan dengan izin/permintaan pesakit, keluarga yang terdekat.
bertujuan elak fitnah dan timbulnya masalah luar dugaan.

c. Elak rawatan di tempat terpencil/bilik tertutup

d. Pilihara tatatertib ketika bertutur.
* hanya menyatakan sesuatu yang ia maklum dan pasti, biarpun pada perkara-perkara kecil kerana dipengan oleh pesakit dan keluarga pesakit.

Perawat perlu bersedia sebelum memulakan perawatan
* bukan dalam keadaan lemah
** lemah badan kerana sakit/penat/terpaksa

Pelihara keikhlasan- semata-mata kerana Allah.
* Bukan Ganjaran/tunjuk-tunjuk.
** Tidak bezakan yang kaya/miskin
*** Cantik dengan tidak cantik.

"Syaitan bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan semua anak Adam, kecuali mereka yang ikhlas dikalangan penduduk bumi"
"Allah SWT hanya menganugerahkan sifat ikhlas itu dalam hati sanubari mereka yang dikasihi dari kalangan hamba-Nya"


;

Monday, August 10, 2009

Oleh : Ustaz Dr Badrul Amin Bahron

Satu hari Imam Imam Malik menjamu Imam Syafie yang bertamu kerumahnya. Imam Syafie makan dengan banyak hingga jadi tandatanya pada anak Imam Malik. Bila ditanya oleh Imam Malik maka Imam Syafie berkata "Makanan yang kau hidang adalah ubat kerana ia bukan hanya halal, tapi dimasak oleh isterimu seorang yang baik, dihidang oleh engkau sendiri seorang yang baik, dimakan dirumahmu tempat yang baik, bersama orang yang baik... Aku makan banyak untuk berubat".
Bagaimana jika makanan itu halal tetapi dimasak oleh oleh orang yang tidak baik atau fasik (tidak solat, tidak jaga hukum-hakam pakaian dan pergaulan)? Atau dihidang oleh orang yang tidak baik atau dimakan ditempat yang tidak baik bersama orang yang tidak baik? Jelas ia adalah racun. Bayangkan bagaimana pula jika makanan itu tidak halal... Sudah tentu ia membunuh hati. Bila hati mati... rosaklah manusia... Kerana manusia itu jadi baik selagi baik hatinya...
Pengalaman saya bertamu kerumah Tuan Guru Nik Aziz... Alangkah bahagianya kerana Tn Guru sendiri yang mengangkat minuman. Ketika Tn Guru keluar membawa dulang gelas dan air, kawan yang duduk disebelah saya ingin bangun menyambut dulang tersebut tetapi saya halang. Setelah pulang, kawan saya bertanya mengapa saya menghalangnya maka jawab saya "...bila Tn Guru yang hidang, air itu jadi ubat tapi jika engkau yang menghidangnya..." belum sempat saya menghabiskan ayat saya, kawan saya sudah faham dan berterima kasih pada saya kerana ia juga perlukan "ubat" itu...



;

Monday, July 27, 2009

KONVEK09

Assalamualaikum...
Bersua kita kembali....

Penat balik dari kelantan semalam tak hilang lagi....
tinggalkan sementara isteri dan cahayamata pertamaku Amir Hamzah di kampung. Rasa sayang tak dapat ke KONVEK09 25hb Julai lepas. Nak buat camne kan.... :)

Sampai je kat rumah tengok peti surat penuh dengan katelog, iklan, surat..
belek punya belek punya belek... sekali nampak surat dari HPA.... " surat apa lak nie..."
bonus bulanan aku dan isteri dah dapat dah..

Sekali surat makluman Hadian Pasti 1000NM KONVEK09 dah jadi milik aku... Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT. Rezeki tuk puteraku....

Terima Kasih HPA :)

;

Tuesday, July 21, 2009

Puteraku

Assalamualaikum... bersua kita kembali...

Alhamdulillah dengan izin-Nya dan Rahmat-Nya, Isteri saya Amirah Binti Md Anas telah selamat melahirkan putera pertama kami pada:

Tarikh: 15hb Julai 2009 (Rabu)
Masa: 5.05 petang
Berat: 4.05kg
Tempat: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan







Satu amanah dan anugerah buat kami sekeluarga...
pastinya perjalan hidup ini akan lebih bermakna dengan kelahirannya... semoga sejahtera dan berbahagia buat diriku dan isteri tercinta Pn Amirah Binti Md Anas....
Produk HPA:
1. Minyak Zaiton HPA dapat membantu melancarkan pengaliran susu badan kepada baby semasa proses menyusuan.
2. Mengelak pembengkakan susu pada payudara.
3. Mengekalkan suhu di bahagian payudara.
Tatacara:
1. Guna Minyak Zaiton HPA semasa proses urutan pada payudara.
2. Urutan yang lembut dan sedarhana dilakukan pada payudara.
3. Arah urutan; ke bahagian puting susu.
Cubalah pasti berpuashati... insyaAllah dengan izin-Nya... :)


;

Sunday, July 12, 2009

Promosi Produk Sri Jatimas... Batik Pasang


Butik Sri Jatimas menyediakan pelbagai pilihan pakaian yang berasaskan Batik, Songket dan Tenun kepada anda.... Sedia untuk menerima tempahan bagi majlis rasmi dan pelbagai program.

Harga bermula dengan RM200.00



untuk melihat dengan lebih lagi sila layari : http://srijatimas.blogspot.com/

Thursday, June 25, 2009

Kenapa

Kenapa seringkali kita lambat/takut/malas bila melakukan sesuatu yang kita sendiri sedar akan kebaikannya, manfaatnya untuk diri sendiri dan orang lain....
maka mereka adalah dikalangan kerugian dan sia-sia...
untuk kebaikan bersama.....
;

Sejarah Nagara Kedah


Sekadar ingin menyampaikan perutusan daripada datuk dan moyang kami di Zaman Empayar Islam Benua Siam Kedah....
Selama ini kita dikaburi dengan sejarah akademik negara sendiri..
Mengungkap sejarah sebenar yang tertanam didasar, mencerikan hakikat perkembangan Islam di Nusantara ini.
Kegemilangan Empayar Islam berkembang pesat.
Penindasan dan kekejaman sejarah silam diceritakan bersama bukti peninggalan sejarah.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila layari: http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
....
"Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai) yang digunakan oleh orang-orang melayu di Kedah, kedat bermaksud kertas, sementara KEDAH pula bermaksud "surat watikah" yang diberikan oleh Maharaja China Sai Tee Sung kepada cucunya Putera Waren Wong Ser (Merong Mahawangsa) untuk menyebarkan Syiar Islam di Nusantara Kepulauan Melayu.Terdahulu Maharaja China ini telah memelok Islam dalam tahun 650 masihi melalui utusan Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqas yang datang ke Negeri China." bermula lembaran kisahnya........... http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Wednesday, June 24, 2009

Amanat kami

Sama-sama kita bangunkan perniagaan produk halal HPA keseluruh ummah....
Atas nama persaudaraan Ummah, kita bangun dari kelekaan kita...
Pembangunan ekonomi ummah..
pembangunan rohani dan jasmani ummah..
Agar tak bergantung pada bangsa lain yang kini menguasai ekonomi negara...

Semoga kita tak terasing di tanahair sendiri...
Kita bangsa berdaulat di tanahair ini..
Kita tuan pada tanahair ini...
Kita adalah pewaris pejuang-pejuang bangsa dan tanahair ini...

Jadilah Pemimpin yang tahkit pada hakikat kehidupan insan...
Jangan lemah pada kuasa, pangkat dan wang ringgit..
Takut-takut negara tergadai...
Bangsa sendiri tertindas...
Maruah bangsa di kaki...
Jangan tunduk mengelah pada mereka...

Tunduk dan patuhlah pada Maha Pencipta yaqni Allah SWT dan
Kekasihnya Baginda Muhammad..

Tuesday, June 16, 2009

Stokis HPA Kota Damansara

Untuk Makluman kepada Ahli/Pengedar/Pengguna Produk HPA:

Stokis HPA, Anuar Miswan Enterprise (SA004961-D)
telah berpindah ke alamat baru:

No.59- Tingkat 1 Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
tel: 019-252 4732 En. Khairul Anuar Miswan

untuk makluman, alamat terbaru stokis HPA ini tidak jauh dari alamat asal ( No. 10-G Blok A....).

Penipu Besar....

Assalamualaikum.
Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsipengalaman berkenaan dgn perkataan "RADIX". Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuahrestoran di Tg Rambutan utk makan. Seperti biasa kopi Radix adalah minumanbiasa yg saya minum di kedai tersebut.
Apabila minuman sampai, saya pun minum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya punbertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telahditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan,lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru). Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru ygdinyatakan tu. Manalah tau mmg betul HPA dah tukar.
Saya berasa terkejutapabila melihat packing kopi Radix tersebut (lihat attachment). Apabiladitanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. KatanyaCina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak. Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Ygsedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.
Wallahualam.
ikutkan kata hati nie, memang kurang ajar bangsa yang buat kerja nie...
produk HPA dah ditiru oleh bangsa nie.... sama2 kita tentang habis-habisan...
hak kita tetap hak kite.... jangan ada bangsa lain ceroboh hak milik kite... bukan produk HPA sahaja... Hasil Tanahair Kita... HAK MILIK KITA, BANGSA MELAYU....

Wednesday, May 27, 2009

Bunga Fatimah




Assalamualaikum kepada pengunjung blog Rawatan Bekam Sri Jatimas...
Biasa dengar tak Bunga Fatimah?
Sejenis tumbuhan dari Tanah Makkah yang dijadikan air selusuh bagi ibu sedang mengandung... memudahkan ibu untuk bersalin...

Saya ada kirim Bunga Fatimah nie dari kawan yg akan berangkat untuk menunaikan Ummah pada 29hb Mei 2009.. dan pulang ke tanahair pada 9hb Jun 2009....

Buat masa nie saya ada satu Bunga Fatimah nie (pinjam kawan saya punya, untuk isteri saya amal) Sapa2 yang berminat nak tempah boleh bagi Nama dan bayaran RM20.00 (deposit) "harga Bunga Fatimah saya tak tau lagi berapa..."

Bagi tau kat kawan2 yang tengah cari ya..

Apa sapa-sapa ada pengalaman dan info pasal bunga nie.. jom kita kongsi bersama...

* petang sikit saya att sekali gambarnya....

Tuesday, May 26, 2009

Jom Sertai Keahlian HPA





























Kepada anda yang berminat untuk menyertai keahlian HPA sila sertakan:
Nama:
Jantina:
Kad Pengenalan:
Status Perkahwinan:
Tarikh Lahir:
Alamat Rumah:
Tel Rumah:
Tel Pejabat:
Tel HP:
email:
Nama Waris:
No. Kad Pengenalan Waris:

Bayaran: RM30.00 (KIT NIAGA HPA) + RM4.00 (Kos Penghantaran)
Maybank: 162143019379 (izuan izani bin abdul hamid)

emailkan kepada: srijatimas@gmail.com

Friday, May 22, 2009

Jawi Herb Shop

JHS akan dibuka pada setiap negeri dan kini HPA mempelawa mereka yang telah tamat dari sijil herbalis bagi memohon mengisi kekosongan yang ada. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan untuk temuduga. Antara syarat yang dikenakan selain daripada pernah mengikuti program sijil adalah seperti berikut:-

1. Rekod peribadi yang baik
2. Tidak mengamalkan pengubatan mistik
3. Menerima konsep perubatan HPA
4. Kontrak kerja selama 5 tahun5.
Tawaran gaji awal sebanyak : RM1200 + 5 % daripada untung bersih sebulan.
6. mereka yang berjaya akan mengikuti latihan pengurusan JHS selama 1 bulan.

Ini juga termasuk di seluruh Indonesia dan pemohonan boleh dibuat sekarang.

Hubungi:
JAWI HERB SHOP

No 19 Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Tel : 04-4484712 Fax : 04-4484713
Pengurus: Pn.Norhisham (0164361359 )
Pembantu: Puan.Risidah Bt Romli (019-5582521)
Email:
jawi_herbshop@yahoo.com

Monday, May 18, 2009

Kisah Amirah (Ummairah)

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya kita masih lagi berkesempatan untuk melalui perjalanan hidup ini sebagai hamba-Nya.... Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, kepada Keluarga Baginda dan para sahabat baginda...
Ya Allah...
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. limpahkan lah Rahmat-Mu kepada kedua Ibu (Hasma Binti Din) dan Ayah (Abdul Hamid Bin Hj. Ahmad) ku... yang selama ini telah membelai, menjaga, dan mendidik daku dari kecil hingga kini.... tempatkanlah mereka bersama muqmin yang beramal soleh di sisi-Mu Ya Allah....Amin

Assalamualaikum kepada teman2...
Bersua kita kembali...
Kali nie saya nak menceritakan berkenaan penggunaan produk HPA oleh isteriku Amirah...

Kopi Radix.

Sebelum nie Amirah pernah kene gastrik yang agak teruk... rasa pedih di ulu hati, rasa sakit yang memang tak boleh diceritakan. Perut kembung.. sampingan dari rasa sakitnya. Setelah minum kopi radix, alhamdulillah Amirah sendawa, buang angin dan rasa pedih makin berkurangan.. Masalah sembelit pun kurang....

Lady Cheer

Bagussss.. :)

Spirumadu (Gabungan Madu dan Spirulina)

Rasa penat yang amat sangat (mengandung) membuatkannya baring di katil... Alhamdulillah setelah minum Spirumadu Ummairah kembali bertenaga.. boleh buat kerja-kerja rumah dan ke ofissnya...

Kordial Roseller

Thursday, May 7, 2009

Saffron dan Zafaron













Taburan Tumbuhan Soffron (Crocus sativus) di dunia.










— Major growing regions.
— Major producing nations.
— Minor growing regions.
— Minor producing nations.
— Major trading centres (current).
— Major trading centres (historical).




















Minyak Zafaron
Kegunaan :
*Minyak Atar.
*Kecantikan Kulit.

Tongkat Ali


Tuan Hj. Ismail (Pengasas HPA)



Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.

Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas.
Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.
Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.
2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.

Monday, May 4, 2009

Ancaman Bahaya Fluorida !!!!!

Ancaman Bahaya Fluorida !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/?s=utama



APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
....
Pilihan Terbaik Kepada Anda, Ubat Gigi Herba HPA.

Harga: RM6.00/200g

Ciri-Ciri Ubat Gigi Herba HPA:

a. Herba toothpaste
b. Tiada gelatin & serbuk tulang
c. Tiada florida yang merbaya
d. Sesuai untuk pengguna-pengguna muslim & vegeterian
e. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Mambu
azadirachta indica
Herba yang berasal dari india & mayanmar ini terkenal sebagai anti septik atau anti bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang

Cengkeh eugenia caryhyllata
Herba yang berfungi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegaj kerisakan gigi serta meyegarkan & mengahrumkan nafas

Atara kelebihannya:
a. Diiktiraf halal oleh jakim
b. Diperbuat dari sumber semulajadi
c. Tidah negadungi gelatin
d. Tiada mengandungi bahan tulang
e. Tiada floroda dan bahan kimia
f. 100% halal & mujarab

Antara kesannya:
a. Nafas segar
b. Gusi sihat
c. Basmi kuman
d. Gigi kuat dan bersinar
f. Basmi kaviti

Wednesday, April 22, 2009

Kacip Fatimah

sumber: http://mahkotaherba.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya.


KHASIAT KACIP FATIMAH
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.


CARA PEMAKANAN
Kacip Fatimah boleh dimakan begitu saja sebagai ulam atau dalam bentuk air rebusan, Bagi wanita yang hendak bersalin/baru bersalin, minum air rebusan yang mengandungi akar dan daunnya dan telah direbus di dalam periuk tanah.Bagi pesakit buasir (hemarroid/piles), rebus akar Kacip Fatimah yang telah dikeringkan dan minum air rebusan tersebut.


NOTA:
Kacip Fatimah berfungsi untuk membersihkan peredaran darah maka ianya tidak sesuai untuk perempuan mengandung atau yang sedang menyusu anak.

Monday, April 20, 2009

Apa Itu Bekam Kering?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog saya. Harap anda semua sihat sejahtera disamping keluarga tersayang... :)

Petua Kebahagian Keluarga nie.. :)
hari nie dah cium pipi suami?... dah cium tangan suami?.. jangan lupa peluk sekali.. :).. jadikannya amalan harian lepas nie ya :)... (suami + isteri =halal) jangan si teruna dan si dara buat sudah.. tak bolehhhh, ingat !!!!! ...

Sebagai anak (kita) jangan tinggal amalan ini:
salam, peluk, cium pada ayah dan ibu kite...
doakan kebahagiannya didunia dan akhirat..
setiap amalan kebaikan yang kita buat, hadiahkannya kepada ibu dan ayah..
jangan... jangan... jangan... jangan tak buat..

balik pada topik kite pagi nie...

Apa itu bekam kering...
Bekam Kering/Angin merupakan sebahagian daripada proses rawatan bekam...
1) Bekam Luncur.
2) Bekam Angin/Kering
3) Bekam Basah/Darah...

Proses ini di buat hanya dengan mengepam di bahagian tertentu. Bertujuan bagi mengeluarkan angin yang terdapat pada tubuh pesakit. 10-15 minit masa yang akan dilalui oleh pesakit tersebut.

Mengelak dari tekanan darah tinggi, stok dan juga tekanan (strees)


Peringkat awal bekam angin..




setelah 10 minit berbekam..
wap angin yang keluar dari tubuh pesakit..







hasilnya selepas berbekam badan pesakit akan terasa ringan
Blog Widget by LinkWithin