Monday, January 12, 2009

Rawatan Bekam Sri Jatimas

Assalamulaikum dan salam sejahtera..Saya Izuan Izani Bin Abdul Hamid salah seorang peserta yang telah mengikuti kursus Rawatan Bekam di:

Institut Teknologi Putra
9456 Jalan Kekwa 1/1
Taman Guru Melayu Jalan Paroi-Senawang,
Negeri Sembilan

Pada 11hb Januari 2009 (Ahad). Di anjurankan oleh Syarikat TIBBUN MUBARAK Penceramah adalah En. Abd. Hadi Bin Mohd Isa dan beliau merupakan Herbalis HPA Industries Sdn Bhd.

Dalil al- Hijjamah:

.:. Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda "Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata " Wahai Muhammad suruhlah umatmu berbekam"

.:. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Sebaik perubatan ialah dengan berbekam: ia boleh membuang darah kotor, mencerahkan mata, meringankan tubuh.."

.:. "Sesungguhnya sebaik-baik perawatan yang kamu lakukan ialah dengan berbekam"

.:. Seruan umatnya mengamalkan sunnah:

"Sesiapa yang menunjukkan manusia jalan kebaikan maka pahalanya seperti orang yang melalukannya"

Kaedah Rawatan al-Hijjamah (Bekam):
Terpadat 4 kaedah Rawatan Bekam dibuat:

i. Bekam Luncur
Kaedah rawatan ini adalah langkah permulaan rawatan bekam, dimana hanya satu cup digunakan dan 1 1/2 tekanan sedutan dikenakan. Setelah itu cup tadi akan digosok di sekitar bahagian belakang pesakit. Tujuannya untuk mengaktifkan saluran darah di bahagian belakang penerima rawatan.

ii. Bekam Kering
Kaedah rawatan ini tidak memerlukan pengeluaran darah dari tubuh penerima rawatan. Hanya angin sahaja yang dikeluarkan. Badan akan rasa ringan.

iii. Bekam Basah
Kaedah ini pula memerlukan darah kotor (kehitaman/toksid) dan angin dikeluarkan dari tubuh penerima rawatan. Jarum halus digunakan untuk memudahkan darah keluar setelah sedutan bekam dibuat.

iv. Bekam Tarik
Kaedah ini adalah kaedah yang dibuat di bahagian dahi. Hanya sedikit tekanan sedutan bekam dikenakan dan dilakukan beberapa kali. Hasilnya membawa kelegaan kepada penerima rawatan.


Gambar semasa Rawatan Bekam dilakukan:


Semasa Rawatan Bekam Kering dilakukan.

Kelihatan darah kotor dan angin yang keluar semasa rawatan di buat. (cup kelihatan berwap)



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin