Friday, February 27, 2009

Minggu Demam Denggi Sedunia

Assalamualaikum... jumpa balik kite.... dua minggu teman bertarung dengan Denggi... Betapa kerdilnya aku dengan ujian Allah SWT.

17hb Feb. 2009 (selasa) hari yang aku diuji Allah dengan makluknya bernama NYAMUK Aedis... balik kerja terus bungkus dalam selimut, lemah satu jasad, makan pun 2 mulut jee (kecik hati Umairah)... Jumaat (20hb feb 09) bermulalah hari hari daku menziarah di Hospital Selayang... tunggu giliran ambik darah (dah 10minit-3jam)ambil sempal darah... tunggu keputusan (dah 2-3jam)... selama 5hari rutin tulah aku jalani... perik!!!!!... namun kena lalui jugak...

Dalam pada itu, kawan aku saran untuk aku cuba Perubatan Homeopathy di:

CARE HOMEOPATHY CENTER
NO.10, TINGKAT BAWAH
BLOK 1, JALAN AU3/1,
AMPANG / HULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
(24hb feb.09), berdekatan dengan Lembah Keramat. Dr. Shamsuddin Rahmat (019-2095628).. Ahlamdulillah kembali sihat, setelah ujian saringan darah yang dibuat pada 26hb feb.09... kini hari nie, hari pertama aku masuk kerja, setelah 2 minggu teruji oleh Allah Yang Maha Pengasing dan Penyayang...

"beringat sebelum terkena"... :D

Monday, February 2, 2009

Rawatan Bekam Di UTUSAN 11 Nov.2008

Berbekam Makin Popular
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu.
''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan. Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan menagih dadah. ''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya lagi. Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.
Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat mereka mampu," tambahnya. Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Friday, January 30, 2009

Cuti Tahun Baru Cina 260109- Balik Bekam Ahli Keluarga

Balik kampung!!!!! (kubur Panjang, Pendang, Kedah) Sempena Tahun Baru Cina adalah hari yang dinanti oleh aku.. Cuti 4+1=5 hari dimanfaatkan sebaiknya untuk bersama mak abah dan adik2 di kampung... Jom kita tengok apa aku buat kat kampung..

Adik ipar aku nie dah biasa dengan Bekam...















yang nie pulak adik saya, firdaus. banyak angin dalam badan.











mencegah lebih baik daripada mengubati... fikir-fikirkanlah....


"Setiap penyakit pasti ada ubatnya... Allah menurunkan penyakit kepada hamba sebagai tanda kasihNya kepada hambanya.. berusahalah untuk mengubati serta bertawakal kepadaNya"





Monday, January 12, 2009

Rawatan Bekam Sri Jatimas

Assalamulaikum dan salam sejahtera..Saya Izuan Izani Bin Abdul Hamid salah seorang peserta yang telah mengikuti kursus Rawatan Bekam di:

Institut Teknologi Putra
9456 Jalan Kekwa 1/1
Taman Guru Melayu Jalan Paroi-Senawang,
Negeri Sembilan

Pada 11hb Januari 2009 (Ahad). Di anjurankan oleh Syarikat TIBBUN MUBARAK Penceramah adalah En. Abd. Hadi Bin Mohd Isa dan beliau merupakan Herbalis HPA Industries Sdn Bhd.

Dalil al- Hijjamah:

.:. Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda "Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata " Wahai Muhammad suruhlah umatmu berbekam"

.:. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Sebaik perubatan ialah dengan berbekam: ia boleh membuang darah kotor, mencerahkan mata, meringankan tubuh.."

.:. "Sesungguhnya sebaik-baik perawatan yang kamu lakukan ialah dengan berbekam"

.:. Seruan umatnya mengamalkan sunnah:

"Sesiapa yang menunjukkan manusia jalan kebaikan maka pahalanya seperti orang yang melalukannya"

Kaedah Rawatan al-Hijjamah (Bekam):
Terpadat 4 kaedah Rawatan Bekam dibuat:

i. Bekam Luncur
Kaedah rawatan ini adalah langkah permulaan rawatan bekam, dimana hanya satu cup digunakan dan 1 1/2 tekanan sedutan dikenakan. Setelah itu cup tadi akan digosok di sekitar bahagian belakang pesakit. Tujuannya untuk mengaktifkan saluran darah di bahagian belakang penerima rawatan.

ii. Bekam Kering
Kaedah rawatan ini tidak memerlukan pengeluaran darah dari tubuh penerima rawatan. Hanya angin sahaja yang dikeluarkan. Badan akan rasa ringan.

iii. Bekam Basah
Kaedah ini pula memerlukan darah kotor (kehitaman/toksid) dan angin dikeluarkan dari tubuh penerima rawatan. Jarum halus digunakan untuk memudahkan darah keluar setelah sedutan bekam dibuat.

iv. Bekam Tarik
Kaedah ini adalah kaedah yang dibuat di bahagian dahi. Hanya sedikit tekanan sedutan bekam dikenakan dan dilakukan beberapa kali. Hasilnya membawa kelegaan kepada penerima rawatan.


Gambar semasa Rawatan Bekam dilakukan:


Semasa Rawatan Bekam Kering dilakukan.

Kelihatan darah kotor dan angin yang keluar semasa rawatan di buat. (cup kelihatan berwap)



Jadual Rawatan Bekam Sri Jatimas

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izin-Nya saya telah beroperasi di 2 lokasi rawakan bekam, berikut ini adalah lokasinya:


Sri Gombak, Batu Caves

Taman Melawati

Upah Bekam: RM70.00/seorang


*Saya juga menyediakan Khidmat Rawatan Bekam di rumah anda. Saya berharap pengunjung dapat membuat temu janji dulu sebelum sesi rawatan dibuat.

call/sms: 019-6046 589

Peralatan Bekam Sri Jatimas

Rawatan al-Hijjamah (Bekam) memerlukan peralatan yang menjamin kebersihan dan keselamatan semasa Rawatan al-Hijjamah ini dilakukan. Antara peralatan yang digunakan adalah:
Pen Jarum

Cupping/Mangkuk dan Pam

Tisu

Kapas

Pencegah Kuman (Detol/Klorok)

Sarung Tangan Getah

Penutup Mulut

Dulang

Pertanyaan

Sebarang Pertanyaan dan keterangan lanjut berkenaan Rawatan Bekam dan produk HPA sila berhubung dengan saya:

Nama: Izuan Izani Bin Abdul Hamid

Alamat: No.84 Lorong DM 7
Taman Desa Minang
68100 Batu Caves
Selangor

Tel: 019-6046 589

email: srijatimas@gmail.com
Blog Widget by LinkWithin